Lelaki maut disyaki terkena tembakan ketika berburu

Lelaki maut disyaki terkena tembakan ketika berburu

am@hmetro.com.my

Sibu: Lelaki maut dipercayai terkena tembakan ketika berburu di kawasan kebun kelapa sawit di Pasai Siong Tengah pada awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata, pihaknya menerima laporan berhubung insiden tembakan itu jam 4.34 pagi sebelum mengarahkan anggotanya menjalankan siasatan berhubung kejadian yang berlaku.

“Sebaik tiba di lokasi di dapati, mangsa berusia 38 tahun yang mengalami kecederaan dipercayai akibat terkena tembakan senjata api itu berada dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia.

“Susulan itu, seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan dalam kes ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, suspek direman selama enam hari sehingga 27 April bagi membantu siasatan.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang mana jika disabit kesalahan suspek berhadapan dengan hukuman mati mandatori atas kesalahan membunuh.

Zulkipli sebagai menggesa mana-mana individu atau saksi yang terbabit atau mempunyai maklumat berkaitan kes supaya menghubungi pegawai penyiasat ASP Mohd Adzmei Ahmad di talian 016-8095757 atau datang sendiri ke balai polis berhampiran bagi menyalurkan maklumat.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top