Lelaki maut ditembak cuba menyerang anggota polis guna senjata tajam

Lelaki maut ditembak cuba menyerang anggota polis guna senjata tajam

MACHANG: Seorang lelaki maut ditembak selepas dipercayai menyerang anggota polis menggunakan senjata tajam dalam kejadian Tok Bok, di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi tadi, suspek berusia 20an maut selepas terkena tembakan manakala seorang lagi rakannya yang berusia 30-an berjaya ditahan.

Menurut sumber, difahmakan sebelum kejadian kedua-dua suspek  dikatakan sedang mencuri lembu di Kampung Joh dekat sini.

Katanya, menyedari kehadiran pihak polis suspek sempat melarikan diri sejauh kira-kira 4 kilometer (km) sebelum salah seorang daripada mereka ditembak.-UTUSAN

 

Scroll to Top