Lelaki maut ditembak di restoran nasi kandar

Lelaki maut ditembak di restoran nasi kandar

am@hmetro.com.my

Seremban: Lelaki maut selepas dipercayai ditembak ketika makan di sebuah restoran nasi kandar di Nusari Biz Sendayan, di sini, malam tadi.

Menurut orang awam yang ditemui di lokasi, sebelum kejadian, mangsa dikatakan makan sebelum didatangi dua kenderaan.

Difahamkan, mangsa kemudiannya berlari ke seberang jalan sebelum terdengar terdengar bunyi tembakan dan mangsa dilihat rebah.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahman berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai itu kejadian pada 11.23 malam.

“Ketika anggota bertugas di bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban, kami terima penggilan MERS 999 daripada seorang lelaki memaklumkan satu kes bunuh berlaku di sebuah restoran di lokasi.

“Kes masih dalam siasatan. Kami akan maklumkan susulan dan butiran lanjut kepada media,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top