Lelaki Maut Ditikam Rakan Serumah Sendiri Di Sungai Buloh

Lelaki Maut Ditikam Rakan Serumah Sendiri Di Sungai Buloh

Oh! Tidak

Lelaki maut ditikam rakan serumah di Sungai Buloh selepas tiga hari tinggal bersama.


Satu kejadian bunuh telah berlaku di Kampung Kubu Gajah, Sungai Pelong apabila seorang lelaki berusia 33 tahun ditemui maut dipercayai ditikam oleh rakan serumahnya sendiri dalam satu insiden pada malam Rabu lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 11.26 malam sebelum sepasukan anggota polis digerakkan ke lokasi kejadian.

Baru tiga hari tinggal serumah, terus bertikam…

Setibanya di lokasi, polis mendapati dua lelaki tempatan berada di ruang tamu sebuah rumah. Seorang daripadanya ditemukan terbaring tidak sedarkan diri dengan kesan tikaman di bahagian dada kiri.

Seorang lelaki berusia 33 tahun, ditemui terbaring tidak sedarkan diri dengan kesan tikaman di bahagian dada sebelah kiri.- Jelas beliau dalam kenyataan.

Lelaki berusia 40 tahun yang dipercayai sebagai suspek telah ditahan di tempat kejadian. Pasukan perubatan dari Hospital Sungai Buloh yang tiba beberapa minit kemudian mengesahkan mangsa meninggal dunia di lokasi.

Suspek direman enam hari, kes disiasat di bawah seksyen 302…

Siasatan awal mendapati kedua-dua mereka baru datang dari Kelantan dan telah tinggal bersama selama tiga hari sebelum kejadian berdarah itu berlaku.

Polis turut merampas sebilah pisau yang dipercayai digunakan dalam kejadian. Mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat.

Suspek kini direman selama enam hari untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Balai Polis Sungai Pelong atau pegawai penyiasat bertugas.

Pssttt! Sungguh menyedihkan apabila pergaduhan kecil boleh bertukar menjadi tragedi sehingga meragut nyawa. Hubungan rakan serumah sepatutnya dibina atas toleransi, bukannya kemarahan yang melampau. Semoga pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan menyeluruh agar keadilan dapat ditegakkan buat mangsa.

Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top