Lelaki maut, rantai logam ‘ditarik’ mesin MRI

Lelaki maut, rantai logam ‘ditarik’ mesin MRI
Siasatan lanjut sedang dijalankan ke atas insiden itu. - Foto Agensi

Siasatan lanjut sedang dijalankan ke atas insiden itu. – Foto Agensi

NEW YORK – Seorang lelaki meninggal dunia selepas cedera parah dalam ‘kemalangan’ di bilik Pengimejan Resonans Magnet (MRI).

Lelaki berusia 61 tahun itu dilaporkan memakai rantai logam besar ketika dia memasuki bilik di Nassau Open MRI di Westbury, New York di Amerika Syarikat (AS) pada Rabu lalu.

Menurut Polis Daerah Nassau, individu yang identitinya tidak didedahkan tidak mempunyai kebenaran untuk memasuki bilik berkenaan.

“Rantai dipakainya telah ‘menarik’ lelaki tersebut ke mesin tersebut. Dia kemudiannya dimasukkan ke hospital dan meninggal dunia keesokan harinya. Siasatan lanjut sedang dijalankan,” ujar pihak berkuasa tanpa memberikan butiran terperinci tentang kejadian itu.

Sebelum ini, beberapa kejadian melibatkan mesin MRI pernah menggemparkan dunia perubatan.

Pada 2001, seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun meninggal dunia apabila tangki oksigen logam ‘tertarik’ pada mesin ketika dia sedang menjalani prosedur imbasan. – Agensi

 

 

Scroll to Top