Lelaki Mengaku Tak Bersalah Hina Nurul Izzah, Katanya Telefon Jatuh Masa Memancing | Trending – Oh! Media

Lelaki Mengaku Tak Bersalah Hina Nurul Izzah, Katanya Telefon Jatuh Masa Memancing | Trending – Oh! Media

Trending

Lelaki didakwa buat 11 hantaran jelik terhadap anak PM di Facebook gagal bayar ikat jamin RM10,000.


Padah membuat hantaran jelik terhadap anak perempuan Perdana Menteri, Nurul Izzah Anwar, seorang lelaki dihadapkan ke mahkamah.

Namun, lelaki berkenaan mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman.

Hantaran jelik di Facebook terhadap Nurul Izzah

Nurul Izzah
Ruslan kiri
Kredit foto Ahmad Ukasyah Harian Metro

Lapor Harian Metro, tertuduh didakwa di atas 11 pertuduhan memuat naik komen berunsur jelik secara sedar menggunakan akaun Facebook ‘Ruslan Mat Ali’ antara 2 Januari hingga 25 Februari 2025.

Bapa tiga anak itu didakwa melakukannya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain dan telah dibaca oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di Cyberjaya.

Satu lagi hantaran didakwa mempunyai sifat jelik melampau yang dimuat naik pada 25 Februari lalu.

“Telefon saya jatuh masa memancing”

Dalam rayuannya, Ruslan Mat Ali mendakwa tidak menyedari semua komen itu kerana kehilangan telefon sewaktu memancing.

Telefon saya jatuh masa pergi memancing, saya tidak tahu komen daripada mana, masuk bertubi-tubi.

Dia didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] dan boleh dikenakan denda minimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya MCMC, Fadhli Ab Wahab mencadangkan jaminan sebanyak RM15,000 serta semua kes dibicarakan bersama.

Namun, Ruslan yang tidak diwakili peguam merayu agar jaminan direndahkan kerana tidak mempunyai pendapatan tetap, sudah bercerai dan menanggung tiga anak.

Mcmc
Kredit Facebook PDRM

Mahkamah akhirnya membenarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 18 Julai sebagai tarikh sebutan semula kes.

Ruslan bagaimanapun gagal membayar wang jaminan dan terus ditahan reman sehingga tarikh sebutan semula kes.

Pssttt! Telefon jatuh masa memancing? Maksudnya kena ‘hack’ la ni? Apa-apa pun, semoga kes ini memberi peringatan kepada semua tentang batas yang perlu dijaga di media sosial. Tak pasal-pasal masuk penjara!

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top