Trending
Lelaki mengaku terlanjur dengan jiran sekampung dalam kereta diparkir tepi jalan hingga lahirkan anak luar nikah.
Perbuatan terlarang yang disembunyikan akhirnya terbongkar apabila pasangan kekasih ditahan di atas kesalahan berzina sehingga melahirkan anak.
Memetik laporan Harian Metro, anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) membuat serbuan selepas menerima satu aduan mengenai kes perzinaan tersebut.
Serbuan dedah bayi dua bulan di rumah wanita

Menurutnya, hasil pemeriksaan di rumah wanita di sebuah kampung di Muar menemui seorang bayi berusia 2 bulan yang sedang tidur.
Wanita itu bersama keluarganya menyambut kunjungan penguatkuasa yang datang bertandang dengan kerjasama yang baik.
Hasil soal siasat mendapati wanita berusia 22 tahun itu sudah berhenti kerja selepas disahkan hamil.
Dia mengaku melakukan perbuatan terlarang dengan lelaki terbabit yang juga jiran sekampung.
Pasangan ini sudah lama berkenalan dan apabila ditanya, mereka mengaku melakukan hubungan terlarang pada tahun lalu di dalam kereta yang diparkir di tepi jalan.
Penguatkuasa JAINJ kemudian ke rumah lelaki yang berada tidak jauh dari situ, di kampung yang sama.
Lelaki terdiam bila disoal tentang perkahwinan
Lelaki berusia 24 tahun itu ditahan sekitar jam 11.30 pagi selepas siasatan dijalankan susulan aduan diterima.

Pada mulanya lelaki itu berkata sudah insaf atas perbuatannya dan berjanji akan menjadikan wanita itu sebagai isterinya serta bertanggungjawab terhadap bayi baru dilahirkan.
Namun apabila ditanya berkali-kali sama ada bersedia untuk bernikah, lelaki terbabit cuba mengelak.
Sebelum wanita itu melahirkan anak, lelaki terbabit ada memberitahu berhasrat untuk bernikah.
Tapi malangnya, sehingga kini niat lelaki terbabit belum tertunai sehinggalah penguat kuasa menerima aduan sebegini.
Menurut JAINJ, kedua-dua pasangan turut dipanggil bersama ibu bapa masing-masing bagi mencari jalan penyelesaian terbaik.
Kedua-duanya pasangan ini akan didakwa mengikut Seksyen 23 Enakmen Kesalahan-Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997 kerana berzina.
Seksyen 23 memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau tiga tahun penjara atau enam sebatan jika didapati bersalah.
Pssttt! Perkara macam ini bukan sahaja melibatkan maruah diri, tetapi masa depan anak yang tidak berdosa. Jika sudah tersilap langkah, jalan terbaik adalah bertanggungjawab dan perbetulkan keadaan secepat mungkin. Jangan biarkan kesilapan berlarutan hingga memberi kesan lebih besar.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




