Lelaki Muda Mesej Nak Berkenalan, Mas Idayu Belum Terbuka Hati Kahwin Lagi

Lelaki Muda Mesej Nak Berkenalan, Mas Idayu Belum Terbuka Hati Kahwin Lagi

Penyanyi dangdut Mas Idayu berkata dia sering menerima mesej di media sosial daripada lelaki muda yang mahu berkenalan dengannya.

Memetik mStar Online, Mas Idayu berkata rata-rata mereka akan memulakan perbualan dengan memuji nyanyiannya sebelum mahu berkenalan.

BACA: “Baju Ketat Pakai Tudung” – Sakan Bergelek, Mas Idayu Ditegur Netizen

Bagaimanapun, penyanyi itu berkata dia tidak membalas mesej-mesej berkenaan dan belum terbuka hati lagi untuk melalui fasa perkahwinan.

“Mummy memang daripada dulu lagi selalu saja dapat perhatian golongan lelaki muda, siap puji cantiklah.

“Tapi biasanya mereka puji nyanyian atau lagu-lagu Mummy dulu, lepas tu barulah cuba nak berkenalan. Tapi Mummy tak balas pun walaupun ada yang handsome, tinggi semua.

“Motif puji lagu raya, lepas tu dia masuk daun, tapi Mummy okay, faham. Cuma tak terbuka lagi pun sebab rasanya lebih sesuai untuk anak Mummy,” katanya.

Dalam pada itu, Mas Idayu berkata dia kini selesa menjalani kehidupan solo dan mahu memberi fokus pada kerjaya dan dirinya.

“Saya okay saja berkawan, tapi untuk kahwin itu belum ada niat lagi sebab sekarang saya lebih selesa fokus pada diri sendiri dan kerja,” katanya.

Sumber: mStar Online


Scroll to Top