Pelakon Hafreez Adam mencuri perhatian apabila berkongsi pandangannya mengenai tindakan seorang lelaki terhadap wanita.
Katanya, nilai seorang lelaki bukan diukur dengan pangkat mahupun kekayaan sebaliknya sikap menghormati golongan wanita.
Menerusi perkongsian di Threads, Hafreez atau nama lengkapnya, Hafreez Adam Aizat Zahalan, 35, berkata, pesanan ibunya sentiasa menjadi pegangan untuknya dalam menjaga adab terhadap wanita.
“My mom pernah cakap, lelaki yang nampak mahal bukan lelaki yang kaya harta. Tapi lelaki yang pandai jaga maruah wanita,” kongsinya.

Sebelum ini, lawak berunsurkan ‘double meaning’ yang diberikan oleh anggota Kumpulan Senario, Lan Pet Pet terhadap Nur Fazura menerima respons negatif dalam kalangan masyarakat.
Meskipun Lan sudah membuat permohonaan maaf, namun masyarakat menganggap gurauan lucah tersebut sudah tidak lagi relevan malah menjatuhkan martabat seorang wanita apatah lagi yang bergelar ibu tunggal.
ARTIKEL BERKAITAN:Lawak L*cah Lan Pet Pet, Pengawal Peribadi Fazura Tampil Respons
ARTIKEL BERKAITAN:“Kalau Masih Tak Sedar, Diam Lebih Mulia!” – Fazley Yaakob Hentam Lawak ‘Double Meaning’, Anggap Sudah Tak Relevan
ARTIKEL BERKAITAN:Public Health Malaysia Tegas Ibu Tunggal Bukan Bahan Lawak
ARTIKEL BERKAITAN:“Walaupun Hati Pernah Terguris.. Keinginan Mencapai Reda Allah Lebih Utama” – Isu Lawak Luc*h, Nur Fazura Maafkan Lan Pet Pet
ARTIKEL BERKAITAN:Lan Pet Pet Mohon Maaf Kepada Nur Fazura Isu Lawak Luc*h




