am@hmetro.com.my
Sungai Petani: Lelaki parah di kepala selepas rumahnya di Jalan Kampung Nyior, Bukit Selambau di sini, dihempap pokok tumbang, awal pagi hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Amanjaya, Azahari Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 1.18 pagi.
Beliau berkata, sepasukan anggota dari BBP Amanjaya yang diketuai Rofae Samsuiman bersama lapan anggota tiba di lokasi tidak lama kemudian.
“Setibanya di lokasi, didapati pokok tumbang menghempap sebuah rumah menyebabkan lelaki berusia 34 tahun itu parah di kepala.
“Tindakan awal yang dilakukan anggota bomba adalah dengan mengeluarkan mangsa di dalam rumah terbabit sebelum diberi rawatan awal oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia di lokasi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Azahari berkata, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini untuk rawatan lanjut.
© New Straits Times Press (M) Bhd




