Lelaki Pijak Al-Quran Bakal Didakwa, Jabatan Peguam Negara Sahkan Ada Bukti Cukup!

Lelaki Pijak Al-Quran Bakal Didakwa, Jabatan Peguam Negara Sahkan Ada Bukti Cukup!

Trending

Lelaki pijak Al-Quran di Kuantan bakal didakwa di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.


Jabatan Peguam Negara (AGC) mengesahkan telah meneliti kertas siasatan yang dikemukakan oleh Polis Diraja Malaysia berhubung insiden memijak Al-Quran oleh seorang individu dikenali sebagai Vikneswaran a/l Selvanathan (OYDS) di Kuantan, Pahang.

Insiden tersebut sebelum ini tular di media sosial menerusi aplikasi Threads dan mengundang kemarahan ramai.

BACA: Lelaki Pijak Al-Quran Didakwa Seorang Muslim

Menurut kenyataan rasmi, hasil penelitian menyeluruh mendapati terdapat keterangan mencukupi untuk pertuduhan dikenakan terhadap OYDS.

Didakwa di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan

Pijak Ak quran

AGC memutuskan untuk mendakwa OYDS di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan [Akta 574] kerana mencemarkan objek yang dianggap suci, iaitu Al-Quran, dengan memijaknya, yang mana perbuatan tersebut dilakukan dengan pengetahuan bahawa ia merupakan suatu penghinaan terhadap agama Islam.

Selain itu, OYDS turut akan didakwa di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] kerana membuat dan memulakan suatu hantaran komunikasi yang bersifat jelik melampau dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain melalui aplikasi Threads.

Kedua-dua pertuduhan tersebut dijadualkan dikemukakan di mahkamah yang mempunyai bidang kuasa pada 3 Mac 2026.

Hukuman boleh cecah penjara dan denda RM500,000

Peguam
Peguam 3

Bagi Seksyen 295 Kanun Keseksaan, hukuman yang diperuntukkan adalah penjara hingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Manakala Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 pula memperuntukkan denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Pssttt! Hormatilah agama dan kepercayaan orang lain. Tindakan melulu bukan sahaja menyakitkan hati ramai, malah membawa padah kepada diri sendiri.

Kredit: Jabatan Peguam Negara
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top