am@hmetro.com.my
Bachok: Lelaki yang disyaki memukul anak saudaranya berusia tujuh tahun dengan tukul hingga parah ditemukan meninggal dunia di kawasan Pantai Melawi, di sini, malam ini.
Suspek berusia 46 tahun itu ditemui tidak bernyawa di kawasan pokok Rhu, kira-kira tiga kilometer dari lokasi kejadian di sebuah rumah kedai di Jelawat.
Timbalan Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Mohd Azrie Sulaiman berkata, mayat suspek kini sedang diuruskan oleh pasukan forensik di lokasi kejadian.
“Kanak-kanak itu masih dilaporkan kritikal dan menerima rawatan di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM),” katanya ketika dihubungi.
Katanya, perkembangan lanjut berkaitan kes akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Terdahulu, mangsa, Muhammad Ammar Muhammad Badrol, 7, dilaporkan mengalami kecederaan serius di bahagian kepala dipercayai akibat dipukul menggunakan tukul dalam kejadian yang jam 5.15 petang.
Difahamkan, kejadian berlaku di kediaman suspek yang terletak di sebuah rumah kedai di kawasan Jelawat.
© New Straits Times Press (M) Bhd



