Seorang lelaki di Los Angeles, California, menarik perhatian ramai apabila sering berkongsi rutin hariannya yang bekerja sebagai pemandu bas sekolah.
Dalam rakaman yang dimuat naik di TikTok, lelaki bernama Neo Murillo ini memulakan kerja seawal 8 pagi dan berakhir pada jam 5 petang.
Sebelum mengambil penumpang, dia memastikan tayar dan brek kenderaan berada dalam keadaan baik dan mencatatnya dalam satu laporan.
Pada jam 9 pagi, dia memulakan perjalanan dan mengambil sekumpulan pelajar menuju ke destinasi. Apa yang menariknya, abang bas LA ini mengaburkan muka murid yang dirakam menaiki bas itu.
Sementara menunggu pelajar pulang, lelaki ini parkir bas di satu tempat dan melakukan aktiviti bebas. Seterusnya, dia memeriksa tempat duduk dan mengutip sampah selepas menghantar para pelajar pulang.





