Lelaki rogol anak tiri dihukum penjara 24 tahun

Lelaki rogol anak tiri dihukum penjara 24 tahun

am@hmetro.com.my

Tawau: Lelaki dihukum penjara 24 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini kerana merogol anak tiri yang berusia 17 tahun.

Hakim Ahmad Faizadh Yahaya membuat keputusan itu selepas tertuduh yang berusia 55 tahun mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 376A Kanun Keseksaan.

Tertuduh yang juga pendatang asing tanpa izin (Pati) berasal dari Filipina didakwa merogol mangsa di ladang kelapa sawit di daerah Semporna, Februari lalu yang sabit kesalahan mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan boleh dihukum penjara antara 10 hingga 30 tahun dan juga sebat.

Namun tertuduh tidak dikenakan hukuman sebat mengambil kira usianya melebihi 50 tahun.

Mahkamah menetapkan hukuman penjara bermula dari tarikh ditangkap pada 2 April lalu dan memerintahkan tertuduh dirujuk kepada Jabatan Imigresen untuk dihantar pulang ke negara asal setelah selesai hukuman.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Shearil Aizad Murnizam, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top