Lelaki sengaja masuk ‘live’ peniaga bundle semata-mata nak menghina

source_img
Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

Setiap orang mempunyai jalan tersendiri untuk mencari pendapatan. Selagi apa yang dikerjakan halal dan tidak menggangu periuk nasi orang lain, rasanya bukan satu kesalahan untuk dilakukan.

Namun begitu, berbeza dengan seorang lelaki apabila menjadi mangsa hinaan seorang individu tidak dikenali sewaktu membuat live di aplikasi TikTok untuk menjual pakaian bundle.

Menerusi satu perkongsian yang diperoleh dari akaun Facebook Jihair bin Adey, seorang pemuda terpaksa melayani perangai individu tak dikenali yang secara tiba-tiba masuk ke live TikTok dan sengaja menghina barang bundle yang dijual.

Pelbagai kata cacian di terima sepanjang beberapa minit ketika live TikTok tersebut sehingga pemuda yang menjual bundle itu hanya mampu berterima kasih dihina dengan ditonton ribuan orang.

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata mereka mengecam tindakan biadap lelaki yang masuk ke dalam live TikTok tersebut.

 

 

Walau bagaimanapun, ada yang merasakan tindakan tersebut sebagai satu marketing untuk jualan bundle kerana seperti satu lakonan lebih-lebih lagi suara yang berada di luar live TikTok itu.

 

 

 

Apa-apa pun, sikap menghina perniagaan orang lain tanpa sebab yang kukuh sememangnya tidak wajar memandangkan semua orang sedang berusaha mencari pendapatan dan pastinya mempunyai target pembeli tersendiri.

Sumber: Facebook Jihair bi Abey