Perdebatan etika kerja oleh ‘Gen Z’ atau generasi yang lahir bermula tahun 1997 sehingga 2012, semakin hari semakin hangat apabila media sosial dijadikan platform untuk mendedahkan kelemahan dan keburukan mereka.
Lelaki pertahan Generasi Z, puji etika kerja jauh lebih profesional

Berdasarkan perkongsian di Thread, seorang lelaki berasa hairan kerana banyak hantaran di media sosial yang mendakwa Gen-Z adalah generasi yang tidak bersungguh dan beretika.
Aku born in mid 90s. Aku baca post yang memburukkan Gen Z itu ini, tak professional dalam kerja. Aku suspicious juga, post tu betul atau sengaja memburukkan Gen Z?
Sebab aku kerja dengan Gen Z juga, elok je, professional je. Lagi elok dari older gen pun ada juga.-Katanya
Setiap generasi ada kelebihan dan kekurangan masing-masing
Hantaran lelaki tersebut juga mendapat perhatian daripada netizen yang lain. Hakikatnya semua generasi memerlukan antara satu sama lain.



#OhmediaNasihat
Untuk tingkatkan kemajuan organisasi atau diri, kita harus hentikan budaya generalisasi. Setiap individu adalah unik dan tidak adil untuk menghukum keseluruhan generasi berdasarkan tindakan segelintir pihak.





