Trending
Cubaan seorang lelaki melarikan diri ikut tingkap hotel gagal selepas dicekup JAINJ kerana berkhalwat dengan isteri orang.
Seorang lelaki berusia 40-an bergelut untuk melarikan diri melalui tingkap hotel selepas diserbu pegawai Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) kerana disyaki berkhalwat dengan isteri orang.
Menurut laporan Harian Metro, cubaan dramatik itu bagaimanapun gagal apabila dia berjaya dikepung dan ditarik semula masuk ke bilik hotel oleh anggota penguat kuasa.
Lebih mencuri perhatian, lelaki terbabit hanya berseluar tanpa berbaju ketika cuba meloloskan diri di luar bilik tingkat dua sambil berdiri di atas pendingin hawa (air-cond compressor)!
Marah bila gagal loloskan diri

Menurut JAINJ, kejadian berlaku sekitar 1.30 pagi, hasil maklumat awam dan risikan bagi membendung kegiatan maksiat di kawasan berkenaan.
Sebaik tiba, penguat kuasa mengetuk pintu bilik dan selepas 10 minit, seorang wanita membuka pintu. Pada awalnya hanya wanita itu kelihatan.
Namun tidak lama kemudian, teriakan penguat kuasa di belakang hotel mengejutkan semua apabila mereka ternampak lelaki terbabit berdiri di luar tingkap cuba melarikan diri.
Lelaki itu juga mengeluarkan kata-kata kesat kerana tidak puas hati selepas gagal melarikan diri.
Duda dan isteri orang ditahan

Siasatan mendapati lelaki tersebut adalah duda yang bekerja di Kluang, manakala wanita berusia 30-an itu isteri orang dan mempunyai seorang anak.
Wanita itu mendakwa dia datang ke Kluang untuk membeli barang dan berehat di hotel sebelum pulang ke rumah.
Tindakan lelaki itu amat berbahaya kerana jika terjatuh, bawahnya terdapat longkang simen dan jalan tar.
Kedua-duanya ditahan dan akan dakwa mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997, yang memperuntukkan denda sehingga RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Pssttt! Jangan biar nafsu menguasai akal. Setiap perbuatan ada akibatnya. Lebih baik elak situasi yang boleh mencemarkan maruah diri dan keluarga.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.




