Lelaki ‘tangkap’ 58 marshmallow dalam mulut – Utusan Digital

Lelaki ‘tangkap’ 58 marshmallow dalam mulut – Utusan Digital

LOS ANGELES: Seorang lelaki dari Idaho memecahkan Rekod Dunia Guinness selepas berjaya menangkap sebanyak 58 marshmallow ke dalam mulutnya.

Lapor portal UPI, David Rush berkata, dia mendapatkan bantuan daripada rakannya, Jonathan Hannon untuk melemparkan marshmallow dari jarak 4.5 meter.

Mereka berjaya melakukan aksi itu dalam masa seminit.

Rush dan Hannon mahu memecahkan rekod 56 marshmallow yang dicatatkan oleh Ashrita Furman dan Bipin Larkin dari New York pada 2019.

Rush memberitahu Hannon melemparkan sebanyak 63 marshmallow dalam tempoh 60 saat dan dia sempat menangkap dalam mulut secukupnya untuk memecahkan rekod dipegang pasangan dari New York.

Sebelum ini, Rush pernah memecahkan lebih 200 rekod Guinness untuk mempromosikan pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). – AGENSI

Scroll to Top