Lelaki tersesat 5 hari di gurun, minum air kencing demi terus hidup

Lelaki tersesat 5 hari di gurun, minum air kencing demi terus hidup
Lelaki tersesat 5 hari di gurun, minum air kencing demi terus hidup

Mangsa berjaya diselamatkan dan dibawa keluar menggunakan helikopter. Foto Agensi

ARIZONA – Seorang veteran Perang Vietnam berusia 76 tahun terselamat selepas hilang selama lima hari di kawasan gurun Arizona, Amerika Syarikat, dalam kejadian mencemaskan yang mencetuskan operasi mencari dan menyelamat besar-besaran.

Mangsa, Mark Eric Young, dilaporkan hilang selepas tersalah laluan ketika melakukan perjalanan solo di kawasan Bloody Basin pada 16 April, selepas menghadiri sebuah majlis perkahwinan.

Menurut pihak berkuasa daerah Yavapai, keluarga mangsa mula bimbang apabila dia gagal hadir pada pertemuan yang dijadualkan keesokan hari sebelum laporan kehilangan dibuat.

Sepanjang tempoh hilang, mangsa berdepan cuaca panas melampau serta kekurangan air, selain ancaman hidupan liar di kawasan gurun.

Dia dilaporkan tidur di bawah pokok, menggunakan peralatan asas seperti kompas dan alat penulen air, serta mengambil langkah ekstrem dengan meminum air kencing sendiri selepas kehabisan bekalan air pada hari ketiga.

“Saya tidak pernah lima hari tanpa air dalam hidup saya. Ini pengalaman paling menakutkan,” katanya.

Mangsa turut menceritakan detik cemas apabila berdepan seekor ular berbisa yang cuba menyerangnya, namun berjaya menyelamatkan diri.

Pasukan penyelamat akhirnya menemui kenderaan mangsa yang ditinggalkan, sebelum mengesan jejak beliau di kawasan pencarian.

Pada hari kelima, beliau berjaya dikesan selepas mendengar suara ahli keluarga sebelum diselamatkan menggunakan helikopter Maricopa County Sheriff’s Office.

Mangsa kemudian dibawa ke hospital untuk rawatan dehidrasi dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.- Agensi

Scroll to Top