Lelaki Tetak Saudara Hingga Maut Gara-Gara Dendam Tanah Pusaka, Disahkan Positif Dadah

Lelaki Tetak Saudara Hingga Maut Gara-Gara Dendam Tanah Pusaka, Disahkan Positif Dadah

Oh! Tidak

Mangsa alami kecederaan parah pada bahagian kepala, kaki kanan serta tangan kiri yang putus.


Kecoh di Tumpat, Kelantan apabila seorang lelaki maut ditetak di hadapan rumahnya dalam keadaan yang sangat mengerikan.

Suspek dipercayai menyimpan dendam lama berkaitan isu tanah pusaka dan video tular yang disunting tidak senonoh melibatkan anak suspek.

Suspek ditahan dirumahnya

Maut
Foto NSTPNIK ABDULLAH NIK OMAR

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Mohd Khairi Shafie berkata sepasukan pegawai IPD Tumpat menemui mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri di hadapan rumah selepas menerima laporan daripada keluarga.

Pemeriksaan awal mendapati mangsa sudah meninggal dunia dengan kesan kecederaan parah pada bahagian kepala, kaki kanan serta tangan kiri yang putus dipercayai akibat ditetak menggunakan parang panjang.

Pasukan polis kemudian menahan suspek, seorang lelaki berusia 45 tahun di rumahnya tidak jauh dari tempat kejadian. Sebilah parang panjang yang dipercayai digunakan suspek turut dirampas.

Suspek positif dadah

Tetak

Menurut Mohd Khairi lagi, hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah dan kini direman selama seminggu bagi membantu siasatan.

Beliau turut mendedahkan bahawa suspek mempunyai pertalian saudara dengan mangsa, sekali gus menambahkan kesedihan dalam kejadian berdarah ini.

Pssttt! Tragedi ini mengingatkan kita betapa bahaya dendam dan pengaruh dadah yang boleh memusnahkan hubungan kekeluargaan sendiri. Semoga keluarga mangsa terus tabah menghadapi kehilangan ini dan keadilan dapat ditegakkan seadilnya.

Kredit: Sinar Harian | Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top