Lelaki tinggal di hotel hampir dua tahun tanpa bayaran

Lelaki tinggal di hotel hampir dua tahun tanpa bayaran

NEW DELHI – Seorang lelaki di India didakwa tinggal di sebuah hotel lima bintang di sini selama 603 hari tanpa membayar bil.

Polis menerima aduan daripada Pengurus di Roseate House berhampiran lapangan terbang selepas mereka menemui bukti penipuan yang jelas.

Lelaki itu didakwa berhutang dengan hotel tersebut lebih 5 juta rupee (AS$70,000).

Aduan itu mendakwa lelaki itu bersekongkol dengan kakitangan yang membantu menyembunyikan jumlah bil yang semakin meningkat.

Setakat ini belum ada tangkapan dibuat, walaupun kes itu telah dilaporkan kepada polis pada 24 Mei lalu.

Lelaki yang tidak dinamakan itu dikatakan telah mendaftar masuk ke hotel itu pada 30 Mei 2019 selepas menempah bilik untuk satu malam, dan tinggal di sana sehingga 22 Januari 2022, lapor akhbar Indian Express.

Walaupun dia tidak membayar, salah seorang kakitangan didakwa terus melanjutkan tempoh penginapannya, tambah laporan itu.

Butiran tentang cara ini dilakukan dikatakan termasuk memasukkan bilnya pada tetamu lain.

“Mengikut peraturan hotel, jika tetamu berhutang lebih daripada 50,000 rupee kepada hotel, kakitangan perlu memaklumkan kepada pihak pengurusan dan meminta pelanggan membayarnya.

Bagaimanapun, ini tidak dilakukan,” kata polis. – Agensi

Scroll to Top