am@hmetro.com.my
Hulu Selangor: Polis menahan seorang lelaki warga asing yang melakukan gangguan seksual terhadap seorang remaja perempuan di Bukit Sentosa, di sini kelmarin.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ibrahim Husin berkata, polis menerima laporan daripada mangsa berusia 14 tahun pada jam 3 petang.
“Hasil maklumat awam, polis menahan suspek berusia 21 tahun jam 11.45 malam semalam.
“Hasil semakan mendapati lelaki terbabit tidak mempunyai rekod lampau dan ujian air kencing ke atasnya adalah negatif,” katanya ketika dihubungi, malam ini.
Ibrahim berkata, suspek direman selama tiga hari bermula hari ini hingga Khamis bagi membantu siasatan.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 15(a)(1) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.
“Dengan tertangkapnya suspek polis berjaya menyelesaikan kes yang berlaku tempoh hari di daerah ini sekali gus meningkatkan kepercayaan serta keyakinan masyarakat terhadap polis,” katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd