mhafis@mediaprima.com.my
Petaling Jaya: Lelaki warga India, Pyata Vijay Kumar, 38, dilaporkan hilang apabila kali terakhir dilihat di Seksyen 13, di sini, selepas masuk ke negara ini Mei lalu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, laporan kehilangan itu diterima Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya pada jam 11.45 malam tadi.
Menurutnya, lelaki itu dimaklumkan masuk ke Malaysia pada 28 Mei lalu dan sehingga kini gagal dikesan.
“Kali terakhir dia dilihat berada di kawasan Seksyen 13, Petaling Jaya.
“Mangsa mempunyai ketinggian kira-kira 175 sentimeter, berkulit gelap, berambut hitam serta berhidung mancung,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan mangsa tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Bilik Gerakan IPD Petaling Jaya di talian 03-79662222.
“Mereka yang mempunyai maklumat juga boleh terus berhubung dengan Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Ngo Su Siao di talian 016-9231558 bagi membantu siasatan,” katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd




