Lengan & peha ‘berotot’, ramai geram tengok kecomelan Bilal

Lengan & peha ‘berotot’, ramai geram tengok kecomelan Bilal

Kecomelan anak selebriti popular, Neelofa iaitu Muhammad Bilal membuatkan orang ramai tidak pernah jemu bagi melihat gelagat kanak-kanak tersebut di media sosial.

Selain kisah rumah tangga artis, sambutan ulang tahun kelahiran Bilal yang pertama minggu lalu sedikit sebanyak dapat menghilangkan ‘kebosanan’ netizen termasuk di aplikasi TikTok.

Seorang peminat Neelofa, @seorangnur memuat naik pelbagai gambar dan video memaparkan telatah Bilal sepanjang majlis hari jadinya sehingga meraih jutaan tontonan bagi setiap postingan.

@seorangnur

Moga Allah sentiasa menjaga keluarga kecil ini ❤️🥰 Sayang dorang ❤️ #neelofa #harisismail #neelofaharis #bilal #fyp #foryou #fypage #xyzbca

♬ AIYA SUSANTI DRXML REMIX – DRXML

@seorangnur

Kedek kedek dia jalan sana sini 🤣😂 Geyammm lahh tengok birthday boy ni 🥰 #neelofa #harisismail #neelofaharis #bilal #fyp #foryou #fypage #xyzbca

♬ AIYA SUSANTI DRXML REMIX – DRXML

@seorangnur

Macam2 perangai dia harini 🤣😂 Nasib awak comel Bilal 😍 Belakang tu atok2 kesayangan saya ❤️#neelofa #harisismail #neelofaharis #bilal #fyp #foryou #fypage #xyzbca

♬ AIYA SUSANTI DRXML REMIX – DRXML

Perkongsian tersebut membuatkan ramai berasa teruja dan tumpang gembira, apatah lagi gelagat Bilal jarang dipertontonkan kepada umum.

Rata-rata meluahkan rasa ‘geram’ apabila melihat lengan dan peha Bilal yang berotot selain wajah comel seiras sepupunya Jebat Jayden.

@seorangnur

Abang kacakk 😍😘 Muka awak jangan la serius sangat Bilal 😂 #neelofa #harisismail #neelofaharis #bilal #fyp #foryou #fypage #xyzbca

♬ original sound – Upin & Ipin Official – Upin & Ipin Official

@seorangnur

MasyaAllah happy sungguh dia ni 🥰 Aunty2 yang tengok video awak ni yang geram Bilal 😍 Sihat selalu ya sayang #neelofa #harisismail #neelofaharis #bilal #fyp #foryou #fypage #xyzbca

♬ kucing mampus – Kxcingg

Untuk rekod, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan pendakwah selebriti Haris Ismail pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan Bilal pada 29 Januari tahun lalu.

Sumber: TikTok @seorangnur