Pempengaruh popular, Kasih Iris Leona akhirnya menamatkan pengajiannya di peringkat ijazah sarjana muda selama tiga tahun dalam bidang Pengurusan di Universiti Of Bath, United Kingdom.
Berkongsi momen sepanjang majlis graduasi, bapanya yang juga aktor popular, Azhar Sulaiman sempat menitipkan ucapan tahniah kepada anak bongsunya itu.
“Twinkle twinkle my little star. Now you can fly further from where you are.
“Sehari di hari graduasi Leona di Universiti Of Bath, United Kingdom,” katanya.
Namun, apa yang menariknya, Leona dilihat mengenakan kebaya dengan warna kegemarannya iaitu merah jambu.
Malah, keluarganya juga hadir memberi sokongan dengan memakai tema warna sama.
Bukan itu sahaja, Azhar juga sempat berkongsi beberapa video pendek momen anak gadisnya itu bergraduasi.
Terdahulu, pada September 2022, Leona menyambung pengajian di Universiti ke lapan terbaik di United Kingdom itu.
Menurut bapanya menerusi laporan media sebelum ini, tiga tahun melanjutkan pengajian bukan satu tempoh yang panjang dan dia mahu melihat anaknya berubah menjadi individu lebih baik.