Anak kepada penyanyi Datuk Nora Ariffin iaitu Putri Dahlia menjadi perhatian apabila tampil tidak berhijab di Anugerah Industri Muzik ke-24 (AIM24) pada Sabtu lalu.
Anak gadis Nora berusia 21 tahun itu berkata dia mahu mulakan perjalanan baru serta belajar mencari jalan sendiri dalam agama meskipun sudah mula bertudung di usia enam tahun.
BACA: “Keluarga Cakap Saya Nampak Cantik” – Anak Nora Ariffin Buka Tudung, Nak Jadi Diri Sendiri
Hasil tinjauan di Instagram Dahlia, hanya ada satu gambar memaparkan penyanyi itu ketika menghadiri acara AIM.
Diruangan komen rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa lebih-lebih lagi dengan kenyataannya sebelum ini apatah lagi menutup aurat itu adalah wajib.





