Kemesraan hubungan antara pelakon Riena Diana dan Keith Foo semakin menyorot perhatian ramai.
Selepas memuat naik video yang menunjukkan Riena bersungguh-sungguh menyediakan bekal makanan untuk Keih Foo, kini pelakon drama popular Kampung People itu turut berkongsi mesej romantik antara mereka.
“Jarang tunjuk sisi sweet Keith, selalu saya je masak la apa kan? But, morning text or goodnight text tak pernah fail so far,” katanya.
Tambahnya, dia kini lebih berhati-hati dan memilih untuk berkongsi momen dengan khalayak memandangkan ada dikalangan netizen yang ‘bitter’ dengan kemesraan mereka.
“Kenapa saya jarang update pasal Keith dekat media sosial? Dulu lagi banyak video or gambar sweet. Maksud saya, tak macam dulu disebabkan saya taknak ada komen negatif.
“Dan banyak lagi ….. so saya lebih prefer untuk lay low sahaja.
“Saya hanya akan kongsi apa yabg saya rasa nak share dan apa saya nak anda semua tengok,” jelasnya.