Lepas Muat Naik Gambar Bersama Bapa, Shila Amzah Luang Masa Berbuka Puasa Bersama Fauziah Sarman – “Date Dengan Mak Pula”

Lepas Muat Naik Gambar Bersama Bapa, Shila Amzah Luang Masa Berbuka Puasa Bersama Fauziah Sarman – “Date Dengan Mak Pula”

Konflik keluarga antara penyanyi popular, Shila Amzah dilihat semakin membaik apabila ibu anak dua itu berkongsi foto bersama bapanya yang juga penyanyi ND Lala baru-baru ini.

Namun, menerusi hantaran terkini di Instagram Story, Shila Amzah juga dilihat memuat naik foto meluangkan masa bersama ibu dan suaminya, Ubai MZ berbuka puasa.

“Date dengan mak pula, bukber dulu,” tulisnya pada kapsyen foto berkenaan.

Terdahulu, hubungan Shila dan ibunya kembali bertaut selepas Fauziah yang mesra disapa dengan panggilan Mama, hadir pada majlis akikah anak kedua Shila iaitu, Rhea Akira.

Ia susulan krisis penjualan rumah banglo milik penyanyi itu yang didiami keluarganya sebelum ini.

Perbalahan itu menjadi perhatian ramai apabila Shila mendedahkan turut dikasari seorang lagi adiknya serta beberapa isu dalaman yang selama ini menjadi rahsia keluarga mereka.

ARTIKEL BERKAITAN:Shila Amzah Kongsi Foto Mesra Bersama ND Lala… Warganet Luah Rasa Gembira, Tinggalkan Komen: “Air Dicincang Takkan Putus”

ARTIKEL BERKAITAN: Majlis Aqiqah Anak Jernihkan Hubungan Shila Amzah & Fauziah Sarman… Kelibat ND Lala Raih Perhatian – “Alhamdulillah, Semoga Ikatan Keluarga Berkekalan”

ARTIKEL BERKAITAN:Luah Rasa Sayang, Fauziah Sarman Titip Ucapan Ulang Tahun Pada Shila Amzah –  “Mak Doakan Kakak Jadi Isteri & Ibu Yang Baik”

ARTIKEL BERKAITAN:“Salah Orang Nampak, Tapi Kena Ingat Diri Kita Juga Tak Baik…” – Ibu Shila Amzah

Scroll to Top