Pelakon Zul Ariffin memberi bayangan selepas drama Bisik Asmara dia tidak mahu lagi berlakon naskah bertemakan kecurangan.
Menerusi sesi siaran langsung, Zul berkata selepas ini dia mahu memberi fokus kepada filem serta berkongsikan ada beberapa filem akan ditayangkan.
BACA: “Kagum Sebab Surau Tu Kecil Je” – Individu Puji Zul Ariffin Solat Di Stesen Minyak
“Selepas Bisik Asmara drama apa tak ada dah. Saya buat filem lah. InsyaAllah lepas raya ni ada beberapa filem yang nak release. Saya pun tak tahu,” katanya.
Sementara itu, Zul berkata dia berlakon cerita bertemakan kecurangan itu kerana ingin mencuba sesuatu yang berbeza.
“Lepas ni saya tak buat dah cerita pasal curang. Tak buat dah. Saya tru je. Tak buat dah cerita macam tu.
“Lepas ni kita buat cerita yang lebih gagah. Saja nak tengok juga cerita-cerita macam ni. Cerita curang sekali tu je lah,” katanya.




