Sejak semalam, beberapa video menteri-menteri turun padang dalam misi bantuan membersihkan kawasan banjir telah tular di media sosial.
Antara yang menjadi ‘mangsa’ sindiran netizen adalah Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu Datuk Seri Rina Harun sehingga pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) perlu membuat kenyataan media menafikan yang beliau sekadar ‘berlakon’ sahaja ketika melakukan kerja-kerja pembersihan.
Namun begitu, satu lagi video tular yang menjadi perbualan netizen di media sosial adalah berkenaan tindakan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang sedang menyodok lumpur dan disaksikan ramai orang beserta kamera.
Hal tersbut dimuat naik ke beberapa aplikasi media sosial dan mengudang pelbagai komen negatif daripada warganet. Mereka juga melihat perdana menteri seakan acuh tidak acuh sahaja ketika cuba melakukan kerja pembersihan.
Menerusi video pendek itu juga, ada yang mendakwa perdana menteri sekadar memenuhi keperluan gambar memandangkan wartawan yang hadir sudah bersedia dengan kamera di hadapan beliau.
Walau bagaimanapun, usaha murni Perdana Menteri dalam memastikan kebajikan rakyat haruslah dihargai dan beliau pastinya mahu melakukan yang terbaik buat mangsa-mangsa banjir agar nasib mereka semua terbela.
Sumber: Twitter @sofeahjoned, TikTok @jason.yew