Lepas Teruk Dikecam, Lelaki Caj RM30 Baiki Kalkulator Mohon Maaf

Lepas Teruk Dikecam, Lelaki Caj RM30 Baiki Kalkulator Mohon Maaf

Trending

Caj RM30 baiki kalkulator jadi viral, mak cik tampil jelaskan isu sebenar.


Baru-baru ini tular di media sosial rakaman video memaparkan seorang mak cik dan cucunya dikenakan caj sebanyak RM30 untuk servis baiki kalkulator.

Netizen mengkritik caj RM30 yang dianggap mahal sedangkan lelaki ini hanya menukar bateri secondhand yang diambil daripada remote.

Mak cik tampil menjelaskan hal sebenar

Namun, dalam penjelasan terdahulu, lelaki ini berkata, RM30 adalah caj servis ‘water damage’ bukannya harga bateri yang ditukar.

Katanya, kebiasaannya mereka mengenakan caj RM50 hingga RM80 untuk servis ‘water damage’ pada telefon.

Tetapi disebabkan ini kali pertama water damage pada kalkulator, mereka mengurangkan harga ke RM30. Untuk bateri pula, mereka tidak mengenakan sebarang caj tambahan.

Malah, mak cik terbabit turut tampil berkata hal tersebut telah pun diselesaikan dengan baik. Mak cik itu turut meluahkan rasa bimbang kerana kedai telefon menerima kecaman ramai.

Kalkulator dia rosak, nak belajar pun susah. Kak kata, “try repair sini lah”. Kedai ni pun ada cakap sini repair telefon je. Tapi kak suruh juga tengok kan. Nak tengok la boleh hidup ke tak. Lepas tu dia ambil tengok, kak ada tengok dia buat apa semua. Lepas tu dia kata hidup. Alhamdulilah. Tu je, tak ada pun nak buruk-burukkan kedai ni. Kak pun dah biasa datang kedai ni.

Selain penjelasan pihak kedai, lelaki dikenali sebagai @pihtechfm turut tampil memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia yang tersinggung.

Dia mengakui kesilapan dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan itu lagi.

Pssttt! Dalam dunia media sosial hari ini, sesuatu isu mudah jadi besar walaupun belum tentu kita tahu cerita sebenar. Penting untuk kita dengar kedua-dua pihak sebelum membuat kesimpulan. Dalam kes ini, jelas berlaku salah faham yang akhirnya mencetuskan kecaman. Semoga semua pihak dapat mengambil pengajaran dan lebih berhati-hati dalam berkongsi sesuatu di media sosial.

Kredit: TikTok pihtechfm
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top