Dalam pada kita bergembira meraikan Hari Raya, sebenarnya ada yang tengah tak senang duduk. Makan tak kenyang, mandi tak basah, jantung dup dap dup dap, maklumlah keputusan SPM nak keluar 31 Mac 2026 nanti.
Buat pelajar batch 2008, Hari Raya ni kami yakin mesti ramai pak cik dan mak cik kepoci nak tahu hala tuju lepas dapat keputusan SPM nanti betul tak?
Jangan risau, meh sini kami kongsi sikit tips khas untuk korang!
1. Kenali Minat & Kekuatan Diri
Biasanya, lepas habis SPM ni, kebanyakan pelajar tak tahu hala tuju mereka, apa yang mereka nak buat, apa kursus yang nak diambil, universiti mana yang nak dimohon.
Jadi, sebelum apa-apa, korang kena ambil tahu terlebih dulu minat dan kekuatan dalam diri korang.
Daripada situ, korang dah boleh tahu apa kursus yang boleh diambil di universiti nanti.
2. Fikir Matlamat & Universiti Mana Yang Diingini
Setiap institusi pengajian tinggi semestinya menawarkan kursus yang berbeza-beza dengan struktur pembelajaran tersendiri.
Haa, sebelum nak mohon masuk universiti tu, korang kena fikir dan tanya diri sendiri, apa matlamat dan hala tuju korang serta universiti manakah yang bersesuaian.
Tak kisah sama ada nak belajar di universiti tempatan atau luar negara, paling penting pilihan itu kena dengan matlamat korang.
3. Ambil Tahu Yuran Pengajian & Biasiswa
Bila dah ada universiti pilihan, jangan terus mohon tau! Ambil tahu dulu tentang yuran pengajian serta biasiswa yang tersedia.
Untuk biasiswa, korang memang kena ambil tahu tentang kelayakan sebelum korang mohon.
4. Kenali Jenis Pengajian
Macam yang korang tahu, pengajian ada macam-macam jenis. Contohnya seperti Diploma, Asasi, A-Level, AUSMAT, dan banyak lagi.
Semestinya, setiap pengajian mempunyai struktur pembelajaran yang berbeza. Jadi, pilih jenis pengajian yang bersesuaian dengan minat dan kekuatan diri korang.
5. Hadirkan Diri Ke Hari Terbuka Universiti
Bila dah tahu kelebihan, minat dan kekuatan diri, serta bidang apa yang ingin diceburi, jangan segan silu untuk datang ke mana-mana Hari Terbuka Universiti sebab di sana, korang akan dapat lebih banyak info tentang bidang yang korang nak tahu.
Dalam masa sama, korang juga boleh dapat gambaran tentang pembelajaran bidang yang diceburi.
Haa, inilah sedikit sebanyak tips untuk korang yang baru dapat keputusan SPM dan masih terpinga-pinga tentang hala tuju selepas SPM.

Jom Terokai Sunway College, Pelbagai Pilihan Pengajian Ditawarkan
Alang-alang tu, kami nak berkongsi juga tentang pilihan pengajian yang tersedia di Sunway College. Antaranya:
A-Level
– Kolej A-Level dengan prestasi terbaik di Malaysia selama lebih sedekad
– 78 tawaran daripada Oxford dan Cambridge (2010–2025)
– Seramai 580 pelajar telah menerima Anugerah Pelajar Cemerlang Cambridge (setakat Nov 2025)
– Kadar kelulusan 100% yang konsisten dengan lebih separuh pelajar mendapat keputusan gred A* atau A
Australian Matriculation (AUSMAT)
– Program pra-universiti laluan pantas yang diiktiraf di peringkat global
– Penyedia AUSMAT terbaik di Malaysia dan yang terbesar di dunia
– Kecemerlangan hampir 40 tahun dan 137 anugerah peringkat dunia
– 58% pelajar mencapai ATAR 80 dan ke atas (WACE Nov 2025)
Canadian International Matriculation Programme (CIMP)
– Satu-satunya program pra-universiti Kanada yang berlesen di Malaysia
– Diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Ontario
– 60% pelajar mencapai status Ontario Scholar
– Laluan ke universiti di Kanada, Amerika Syarikat, United Kingdom dan lain-lain
Monash University Foundation Year (MUFY)
– Penyedia eksklusif di Malaysia
– Laluan terus ke Monash University (50 Terbaik dalam Kedudukan Universiti Dunia QS 2026)
– Lebih 20,000 pelajar telah berdaftar sejak tahun 1999
Sunway University Foundation
– Program asasi tempatan yang bereputasi
– Laluan ke Sunway University, yang menduduki tempat No. 1 di Malaysia bagi Kebolehpasaran Graduan selama lima tahun berturut-turut (Talentbank)
– Dua laluan: Asasi dalam Sains dan Teknologi (FIST) serta Asasi dalam Sastera (FIA)
Sunway Diploma Studies
– Tempoh pembelajaran dalam dua hingga tiga tahun dengan berasaskan kemahiran praktikal
– Boleh memilih untuk terus bekerja selepas tamat pengajian atau melanjutkan pengajian ke Sunway University dengan peralihan yang lancar
– Ditawarkan dalam bidang seperti perniagaan, perakaunan, kewangan, komunikasi, seni kulinari, kejururawatan, IT, reka bentuk dan banyak lagi
Professional Accounting (Sunway TES CAE)
– Penyedia perakaunan profesional terkemuka di Asia Pasifik
– Menawarkan ACCA-FIA, ACCA, CFAB dan ICAEW
– Rekod prestasi selama 31 tahun dengan 11,000+ graduan ACCA dan 1,600+ graduan ICAEW
– Status Platinum ACCA selama 22 tahun berturut-turut
– Satu-satunya Rakan Pembelajaran (Partner in Learning) ICAEW yang aktif di Malaysia
American Degree Transfer Programme (ADTP)
– Ditawarkan oleh Sunway University, dengan laluan melalui American Degree Transfer Programme (ADTP) dan American Degree Programme (ADP)
– ADTP membolehkan pelajar melengkapkan 1–2 tahun di Malaysia sebelum melanjutkan pengajian ke universiti di Amerika Syarikat, Kanada, Australia, New Zealand, Eropah dan sebahagian Asia
– Berasaskan kerangka pendidikan Amerika, program ini menawarkan fleksibiliti akademik untuk pelajar meneroka pelbagai bidang sebelum memilih jurusan
– Persekitaran pembelajaran yang menyokong dengan bimbingan akademik yang rapat
– ADP menawarkan kerjasama langsung dengan Arizona State University (ASU), yang telah dinobatkan sebagai No.1 “Most Innovative University” di Amerika Syarikat selama 11 tahun berturut-turut oleh US News & World Report
– Lebih daripada 20 laluan kemasukan ke universiti antarabangsa
– Pelajar boleh memilih untuk berpindah ke luar negara atau melengkapkan keseluruhan ijazah di Sunway University
– Menawarkan keseimbangan antara akses global, fleksibiliti akademik, dan kecekapan kos
Haa, macam-macam pilihan pengajian yang tersedia. Sebab itulah pentingnya untuk korang ambil tahu minat dan kekuatan diri tau.

Biasiswa Tersedia Di Sunway College
Yuran pengajian dan peluang biasiswa adalah antara faktor penting yang perlu dipertimbangkan semasa merancang langkah seterusnya.
Kalau korang nak tahu, Sunway telah menyumbangkan sehingga RM967 juta dalam bentuk biasiswa kepada pelajar untuk menyokong akses kepada pendidikan yang berkualiti tau.
Jadi, ibu bapa dan pelajar yang ingin tahu lebih lanjut tentang pengajian di Sunway College, serta yuran pengajian dan biasiswa tersedia, jangan lupa hadirkan diri ke Hari Terbuka Sunway College dan Sunway University.
Maklumat tentang hari terbuka adalah seperti berikut:
Tarikh: 11 dan 12 April 2026
Masa: 10 pagi sehingga 4 petang
Untuk sebarang update terkini, ikuti media sosial Sunway College di Facebook dan Instagram.
Zakwan kini memfokuskan tugasan penulisan artikel pemasaran di Oh! Media, menghasilkan kandungan yang informatif dan relevan untuk menyokong strategi pemasaran yang berkesan.




