Usahawan dan pempengaruh, Datuk Red mencuri perhatian selepas memuat naik sebuah foto di TikTok miliknya.
Menerusi platform TikTok, Dauk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu berkongsi foto memaparkan penyanyi, Adira Suhaimi bersama anak lelaki mereka.
“Baju Melayu siap samping premium harga murah sangat-sangat di showcase abang sayang,” tulisnya di kapsyen berserta emoji patah hati.
Bukan itu sahaja, Datuk Red turut menggunakan lagu popular Jangan Ada Benci nyanyian Casey sebagai lagu latarbelakang perkongsian tersebut.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan kata-kata sokongan kepada Datuk Red untuk tidak berputus harapan.
Ia susulan kenyataan Adira kepada pengamal media sebelum ini yang menjelaskan dia dan Datuk Red tiada perancangan untuk rujuk selepas Aidilfitri.
https://www.tiktok.com/@dato..red/photo/7482617833822702856?lang=en
Sekadar info, Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebelum bercerai pada 24 April tahun lalu selepas lapan tahun bersama.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggrek, 8, Asan, 7, Anggun, 6, dan Ayob, 3, yang kini berada dalam jagaan Adira.