saifulaffendy@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Perseorangan wanita negara, K Letshanaa melakar sejarah tersendiri apabila mara ke separuh akhir kejohanan siri Jelajah Dunia BWF Super 500 buat kali pertama.
Ia selepas dia berjaya menewaskan pemain Taiwan, Huang Yu-Hsun 21-17, 21-18 dalam tempoh 40 minit pada aksi suku akhir Masters Indonesia, hari ini.
Berlangsung di Istora Senayan, Jakarta, pemain negara yang kini menduduki ranking ke-42 dunia itu mempamerkan aksi mantap, mengawal rentak permainan pada set pertama sebelum menerima tentangan sengit di set kedua.
Walaupun Hong Yu-Hsun cuba bangkit, Letshanaa tetap mengekalkan fokus dan berjaya menamatkan perlawanan dengan kemenangan mutlak pada set kedua, sekali gus memastikan tiket ke separuh akhir.
Ini pertemuan kali kedua antara kedua-dua pemain, selepas kali pertama mereka bertemu pada Masters Indonesia 2023, di mana Yu-Hsun keluar sebagai pemenang.
© New Straits Times Press (M) Bhd




