
Pedro meledak satu gol ketika membantu Brighton menewaskan Athens 1-0 dalam aksi Liga Europa awal pagi Jumaat. – Foto AFP
GOL tunggal Joao Pedro sudah cukup buat Brighton untuk mara ke saingan kalah mati Liga Europa selepas menumpaskan AEK Athens 1-0 di laman lawan awal pagi Jumaat.
Jaringan terhasil menerusi sepakan penalti pada minit ke-55, sekali gus menjadi gol kelima buat Pedro dalam kejohanan peringkat Eropah itu.
Sepakan penalti hadir selepas video bantuan pengadil (VAR) menunjukkan insiden kekasaran kapten AEK, Damian Szymanski ke atas Pedro.
Kemenangan itu memastikan The Seagulls yang dibimbing Roberto de Zerbi berada di tangga kedua Kumpulan B ketika saingan masih berbaki satu perlawanan.