Liga-M di kedudukan ke-87 dunia

Liga-M di kedudukan ke-87 dunia

Pemain JDT, Arif Aiman Mohd Hanapi (dua dari kiri) diasak dan dikawal ketat pemain Sri Pahang FC pada perlawanan Liga Super di Stadium Darul Makmur malam ini. Foto Bernama

LIGA Malaysia (Liga-M) berada di kedudukan ke-87 dalam senarai liga terbaik seluruh dunia pada 2023 mengikut data yang dikeluarkan oleh Persekutuan Antarabangsa Sejarah dan Statistik Bola Sepak (IFFHS).

Liga-M memungut 176 mata dinilai lebih baik berbanding Liga Australia (Liga-A) yang berada pada kedudukan ke-90 dengan 168 mata dan Liga Wales (ke-89) dengan 174.25 mata.

Namun, kedudukan itu menyaksikan Liga-M jatuh tiga anak tangga apabila sebelum ini menghuni kedudukan ke-84 pada 2022.

Dalam peringkat Asean, Thailand berada di ranking teratas kedudukan ke-71 (241.5 mata), diikuti Malaysia dan Indonesia pada kedudukan ke-94 (148.75 mata).

Scroll to Top