Ligamen Kaki Terkoyak, Alif Satar Selesai Jalani Pemeriksaan MRI – “Semoga Baik Sebelum Larian Di Berlin Nanti”

Ligamen Kaki Terkoyak, Alif Satar Selesai Jalani Pemeriksaan MRI – “Semoga Baik Sebelum Larian Di Berlin Nanti”

Selebriti versatile, Alif Satar berkongsi perkembangan terkininya selepas mengalami kecederaan dibahagian kaki kanan akibat terjatuh ketika perlawanan bola sepak tujuh sebelah (7’s) di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, pada Ahad.

Kata Alif atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd. Satar, 34, dia telahpun selesai menjalani pemeriksaan MRI  (Magnetic Resonance Imaging)  pada bahagian kakinya.

Sekaligus, berharap insiden yang berlaku itu tidak menghalanganya untuk menyertai larian yang bakal di adakan di Berlin, Jerman tidak lama lagi.

“Harini, Dr Saw (founder of KLSMC) sendiri yang check injury, together with Dr Andrew dok tengok kaki aku ni.

“Settle MRI, tunggu results and hopefully all good to run Berlin in 10 weeks! Insya-Allah.

“P/s,  2019- 5 months before Ironman dislocated shoulder sebab snowboarding. 2025- 2 months before marathon, AFTL rupture sebab main bola.

“Pengajaran dekat sini.. jangan buat benda high risk before major events,” katanya.

Terdahulu, menerusi hantaran video pendek yang tular di platform TikTok, Ali mengalami insiden tersebut selepas diterjah pemain lawan, sebelum terduduk menahan kesakitan akibat ligamen kakinya terkoyak.

Bagaimanapun, ketika kejadian berlaku, pemain legenda Manchester United, Ryan Giggs yang sepasukan dengannya turut mendekati dan bertanya khabar.

Scroll to Top