Penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza baru-baru ini telah membuat siaran langsung di TikTok memaparkan dia sedang menyediakan juadah bihun goreng.
Ketika siaran itu berlangsung, kelihatan hampir 10,000 pengikut Tokti menemaninya yang sedang memasak di dapur.
https://twitter.com/bad_arsila/status/1851935751279382830?s=46
Apa yang menarik perhatian ramai, apabila penyanyi nombor satu tanah air itu telah membuat satu permintaan kepada peminatnya yang sedang menonton siaran langsung tersebut.
Ramai yang tengok ya, like bagi la satu juta. Fattah Amin je korang bagi. Dia tengah popular weh.
Tidak lama selepas itu, Siti meluah rasa gembira apabila dia berjaya meraih lebih satu juta tanda suka dari warga maya sebelum dia menamatkan siaran langsung tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen seronok melihat telatah Tokti yang pandai melayan peminatnya walaupun bukan secara bersemuka.