Lille bawa bekalan selesa

Lille bawa bekalan selesa

Paris: Gol Jonathan David dan Edon Zhegrova Membantu Lille mendahului 2-0 ke atas Slavia Prague dalam perlawanan Kelayakan Liga Juara-Juara.

Pemain antarabangsa Kanada, David, menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-52 sebelum sentuhan magis dari Zhegrova membolehkan sayap Kosovo itu menggandakan kelebihan untuk tuan rumah.

Bekas pemain tengah Manchester United, Angel Gomes, menyaksikan dari tempat duduk penonton selepas dimasukkan ke hospital hujung minggu lalu susulan perlanggaran mengejutkan dalam kemenangan aksi pembukaan Ligue 1 Lille ke atas Reims yang menyebabkan dia pengsan.

Dinamo Zagreb berada dalam kedudukan baik untuk mara ke fasa liga 36 pasukan yang dikemas kini, selepas kemenangan 3-0 di laman sendiri ke atas Qarabag dari Azerbaijan.

Sandro Kulenovic, yang masuk sebagai pemain gantian, menjaringkan dua gol lewat selepas Marko Pjaca meletakkan Dinamo di hadapan.

Juara Norway, Bodo/Glimt, mendahului 2-1 ke atas Red Star Belgrade menjelang perlawanan timbal balik minggu depan.

Odin Bjortuft dan Isak Dybvik Maatta menjaringkan gol untuk pasukan tuan rumah sebelum Ognjen Mimovic merapatkan jurang untuk Red Star.

Empat perlawanan lagi dijadualkan awal pagi esok, dengan Dynamo Kyiv bertemu Salzburg dan juara Switzerland, Young Boys, menentang Galatasaray.

Midtjylland dari Denmark bertemu Slovan Bratislava, manakala pasukan Sweden, Malmo, akan berhadapan dengan Sparta Prague.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top