Tehran: Seorang pegawai Iran memaklumkan lima individu terkorban susulan serangan Amerika Syarikat-Israel pada Sabtu yang menyasarkan pusat petrokimia di wilayah barat daya, lapor agensi berita ISNA.
“Lima mangsa syahid ekoran serangan musuh Amerika-Zionis ke atas beberapa syarikat yang terletak di Zon Ekonomi Khas Petrokimia Mahshahr,” jelas Timbalan Gabenor wilayah Khuzestan, Valiollah Hayati, dipetik dari laporan ISNA.
Beliau yang turut dipetik oleh agensi berita rasmi IRNA berkata, seramai 170 individu mengalami kecederaan dalam serangan itu namun sudah diberikan rawatan dan tidak perlu dimasukkan ke hospital.
Terdahulu, sewaktu mengumumkan mengenai serangan berkenaan, Hayati menyatakan bedilan itu terkena premis milik tiga syarikat di kawasan terbabit mengikut laporan media Iran.
© New Straits Times Press (M) Bhd




