Lima PPS dibuka di Kuching

Lima PPS dibuka di Kuching

mdroji@bh.com.my

Kuching : Hujan lebat berterusan kira-kira 10 jam bermula jam 6 petang semalam menyebabkan beberapa penempatan penduduk di sini dilanda banjir sejak malam tadi.

Sehingga pagi ini, jumlah penduduk yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak meningkat kepada 352 orang daripada 91 keluarga.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, setakat ini lima PPS dibuka.

Beliau berkata, PPS Dewan Masyarakat Stapok di Batu Kawa kini menempatkan seramai 203 mangsa daripada 55 keluarga.

PPS Dewan R. Piang di Kampung Sinar Budi Baru, Batu Kawa pula menempatkan seramai 129 mangsa daripada 31 keluarga.

PPS Surau Ar-Rahman Kampung Sungai Batu pula menempatkan 16 mangsa daripada empat keluarga.

Sementara itu, dua lagi PPS yang dibuka pagi ini iaitu Dewan Taman Malihah di Matang dan Dewan Kampung Stapok, namun jumlah mangsa sedang dikemas kini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top