Linda Dah Lama Move On Dengan Beego, Usaha Tukar Nama Akaun IG ‘LindaBeego’

Linda Dah Lama Move On Dengan Beego, Usaha Tukar Nama Akaun IG ‘LindaBeego’

Pelakon Linda Hashim berkata dia sudah berusaha untuk menukar nama akaun Instagram miliknya ‘lindabeego sejak dua tahun lalu namun tidak berjaya.

Memetik Harian Metro, Linda berkata dia sudah move on dengan suaminya, Beego dan baginya tiada sebab untuk menggunakan nama berkenaan untuk akaun media sosialnya.

BACA: “Pergi Goyang Boleh Je Hari-Hari” – Linda Hashim Kecewa Beego Tak Hadir Acara Penting Anak

“Saya sudah berusaha untuk menukar ‘username’ (nama akaun) baru sejak lebih dua tahun lalu tapi gagal,” 

“Sebenarnya, saya sudah lama ‘move on’ dengan suami, Beego sejak kes perceraian kami difailkan di mahkamah syariah hampir setahun. Malah, tiada sebab untuk saya masih menggunakan nama akaun lindabeego di IG lagi,” katanya.

Sementara itu, Linda turut meminta bantuan daripada mana-mana pihak yang boleh membantunya dan sanggup membayar jika ada boleh menukar nama akaun berkenaan.

“Jadi, saya mohon jika ada mana-mana pihak di luar sana yang boleh membantu saya untuk menukar nama akaun itu kerana saya pun serabut tengok. Saya juga sanggup bayar jika pihak terbabit mengenakan bayaran,” katanya.

Dalam pada itu, apabila ditanya kenapa dia tidak memadam atau membuang saja akaun itu, Linda berkata banyak menyimpan gambar anak-anaknya ketika masih kecil di akaun IG berkenaan.

“Saya tidak mahu padam akaun IG itu kerana banyak gambar peribadi bersama anak-anak ketika masih kecil termasuk ketika mereka di sekolah.

“Gambar anak-anak ketika kecil dan di sekolah itu sudah hilang dan tiada dalam simpanan peribadi saya,” katanya.

Sumber: Harian Metro


Scroll to Top