Oh! Artis
Linda Hashim enggan ulas isu Beego dikaitkan dengan kisah artis lelaki menari di kelab malam.
Kalau korang perasan, kecoh betul baru-baru ni bila muncul cerita pasal seorang artis lelaki yang didakwa asyik menari sakan di kelab malam. Yang buat netizen lagi terkejut bila nama pelakon Beego pula tiba-tiba dikaitkan dalam gosip panas tu.
Dalam masa pasangan ni tengah berdepan isu rumah tangga, Linda Hashim akhirnya buka mulut. Tapi jawapan dia cukup ringkas dan jelas, dia tak nak masuk campur.
BACA: Artis Lelaki Terciduk Berparti Sakan Di Kelab Malam Walau Rumah Tangga Huru-Hara
Linda Hashim serah pada Beego jawab sendiriā¦

Menurut Linda atau nama penuhnya Norhazlinda Hashim, 41, kalau betul individu dalam cerita tu memang Beego, itu bukan lagi urusan dia.
Kenapa tanya saya? Kenalah tanya kepada dia. Tentang berita hari ini pun saya tidak mahu masuk campur.
Dia ada kehidupan sendiri dan saya pun dah move on. Jika benar, itu adalah kehidupan dia.- Katanya kepada mStar.
Tak sempat baca cerita viralā¦

Linda mengaku ada yang cuba hubungi dia untuk bertanyakan isu sama. Malah ada yang siap hantar link artikel kepadanya. Tapi disebabkan sibuk dengan urusan harian, dia langsung tak sempat nak baca penuh kisah tersebut.
Saya perasan juga cerita ini dan ada yang hantar pautan artikel, tapi tak sempat nak baca sebab hari ini (Jumaat) terlalu sibuk.- Jelasnya.
Walaupun enggan ulas lebih, Linda tetap berharap yang terbaik sekiranya benar cerita itu memang mengenai Beego. Tambahan pula kes mahkamah mereka masih belum selesai.
Kalau betul itu dia, kita doakan yang terbaik. Dia pun ada anak-anak. Kes mahkamah pun belum selesai, jadi selesaikan ini dahulu.- Tambahnya.
Kisah ini mula tercetus selepas sebuah portal melaporkan seorang artis lelaki keluar berhibur di kelab malam bersama rakan-rakan termasuk wanita.
Dari situ, timbul spekulasi dalam kalangan netizen yang meneka Beego sebagai individu berkenaan kerana status rumah tangganya bersama Linda masih dalam proses perbicaraan di mahkamah.
Pssttt! Kadang-kadang bila kita nampak orang tengah diuji, lebih baik doakan daripada terus buat spekulasi. Lagi-lagi melibatkan hal rumah tangga, hanya mereka berdua je yang tahu cerita sebenar. Jadi korang, kalau ternampak gosip panas macam ni, hati-hati sebelum terus percaya bulat-bulat.
Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizalāsentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!