Liputan ULTRA5G Kini Meluas Di Sabah Dengan Ketersambungan Berkualiti Tinggi | Branded – Oh! Media

Liputan ULTRA5G Kini Meluas Di Sabah Dengan Ketersambungan Berkualiti Tinggi | Branded – Oh! Media

Berita baik untuk pengguna U Mobile di Sabah, U Mobile sekali lagi mencipta satu sejarah baru di mana mereka memperluaskan lagi pengalaman ULTRA5G ke kawasan Sabah. Tahniah!

Pelancaran ULTRA5G disambut sekali di festival Cara U Sabah ULTRA5G Fest, di mana lebih kurang 10 ribu pengunjung hadir untuk melihat sendiri inovasi 5G U Mobile tau.  

Kalau korang nak tahu, ULTRA5G kini meliputi lebih banyak kawasan di Kota Kinabalu, Tuaran, Beaufort, dan Kudat. 

Bukan itu saja, liputan ULTRA5G ini juga boleh diakses di dalam bangunan utama seperti Imago Mall dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, dengan lebih banyak lagi yang akan menyusul. Tak sabarnya!

ULTRA5G Tawar Liputan Lebih Luas Dengan Ketersambungan Berkualiti Tinggi

Korang tahu apa yang membuatkan ULTRA5G ni berbeza daripada yang lain? Dari segi prestasi, ia tawar kapasiti dua kali ganda dalam mengendalikan trafik bagi menyokong kepadatan pengguna lebih tinggi dengan tindak balas masa nyata dan network slicing.

Perkara ini akan memberikan pengalaman lebih baik di lokasi yang sesak dan berkepadatan trafik tinggi, membuatkan penstriman dan permainan video menjadi ultra lancar dan panggilan sangat jelas buat pengguna tau. 

Bukan itu saja, ULTRA5G juga mempunyai liputan 5G terluas dan mendalam di Malaysia, di mana ia diperkukuhkan lagi oleh penggunaan liputan dalam bangunan (IBC) yang sangat luas, membolehkan pengguna alami liputan 5G dalam bangunan dengan lebih lancar. Bagusnya!

Lebih advanced, ULTRA5G juga mempunyai rangkaian 5G yang next level di mana ia dipacu AI dengan kecekapan spektrum maksimum, prestasi gred perusahaan serta pengalaman 4G ke 5G lebih lancar untuk memenuhi keperluan pengguna dan perusahaan. 

Bagi perusahaan dan sektor seperti peruncitan, hab pengangkutan dan pejabat sektor awam, ULTRA5G juga dapat membuka peluang pendigitalan menjangkau ketersambungan tau. 

Ini termasuk perkhidmatan gred perusahaan, penggunaan IoT, penyelesaian AI, dan keupayaan keselamatan siber yang membolehkan operasi bangunan lebih pintar, perkhidmatan pelanggan yang dipertingkatkan serta aliran kerja lebih cekap untuk pemilik, penyewa dan pelanggan. 

Perkara ini mencerminkan ULTRA5G menjadi ketersambungan yang lebih dipercayai untuk kerja, pembelajaran dan hiburan. 

Pelan Dipelbagaikan, Ini Masanya Untuk Rakyat Sabah Beralih Ke U Mobile

Disebabkan U Mobile kini ingin meluaskan lagi rangkaian dan liputan mereka, rakyat Sabah kini mempunyai pelbagai pilihan pelan khusus di Sabah, antaranya U Borneo Prepaid, U Borneo Postpaid dan U Home 5G Borneo tau. 

Sekadar info, kedai rasmi U Mobile kini baru dibuka di Kompleks Karamunsing. Jadi, kalau korang ingin ketahui info lanjut tentang liputan ULTRA5G, korang boleh lah singgah ke sana atau kedai rasmi U Mobile di Imago Mall. 

Untuk sebarang update terkini, layari laman web rasmi U Mobile, atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram.

author avatar

Zakwan kini memfokuskan tugasan penulisan artikel pemasaran di Oh! Media, menghasilkan kandungan yang informatif dan relevan untuk menyokong strategi pemasaran yang berkesan.

Scroll to Top