Litar kereta berprestasi tinggi akan dibina di Langkawi, kata MB Kedah

source_img
Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp
Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berkata, sebuah litar kereta berprestasi tinggi dan bertaraf antarabangsa akan dibina di Bukit Malut, Langkawi. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Sebuah litar kereta berprestasi tinggi akan dibina di Bukit Malut, Langkawi.

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berkata, litar bertaraf antarabangsa itu akan dibina menerusi kerjasama Permodalan Kedah Berhad (PKB) dengan sebuah syarikat swasta.

“Pemilik kenderaan itu hanya boleh pusing-pusing di Langkawi dan tidak boleh ke tempat lain (selain Langkawi).

“Kalau nak pandu di tempat lain, pemilik perlu memohon kebenaran daripada agensi tertentu terlebih dahulu termasuk untuk ke tanah besar,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman, Alor Setar, menurut laporan Sinar Harian.

Belaiu berkata, pembinaan litar di Bukit Malut itu adalah di tanah milik PKB dan bukan didiami masyarakat Melayu Islam Kedah (MIK).

Sanusi berkata, ketika ini kira-kira 1,600 pemilik kereta berkuasa tinggi di Langkawi menikmati pengecualian cukai ketika membeli kenderaan berkenaan meskipun pergerakan mereka agak terbatas.

Sehubungan itu, katanya, pemilik kenderaan boleh menguji kenderaan mereka di litar terbabit dengan bayaran tertentu.

Katanya, kerajaan negeri menyokong usaha syarikat swasta itu membina litar berkenaan.

“Bagaimanapun ini bukan litar lumba tetapi dipanggil litar kereta berprestasi tinggi,” katanya.