Johannesburg: LIV Golf mengumumkan bahawa LIV Golf South Africa akan kembali dianjurkan pada 2027 di The Club at Steyn City, selepas kejayaan edisi tahun ini yang menarik lebih 100,000 penonton.
Tarikh kejohanan diumumkan berlangsung antara 22 hingga 25 April 2027. Menteri Sukan, Seni dan Budaya Afrika Selatan, Gayton McKenzie, berkata kejohanan terbabit akan kembali ke negara terbabit tahun depan.
“Kami berbangga menyambut kembali LIV Golf ke Steyn City pada 2027 sambil terus memposisikan Afrika Selatan sebagai destinasi utama sukan dan hiburan antarabangsa,”katanya.
Dalam edisi terkini, Bryson DeChambeau menewaskan Jon Rahm dalam playoff selepas kedua-dua pemain mengakhiri 72 lubang pada 26 bawah par 258.
DeChambeau memaksa playoff dengan par pada lubang ke-18 sebelum menundukkan Rahm dengan birdie pada lubang yang sama.
Kemenangan itu adalah LIV Golf kedua berturut-turut buat DeChambeau menjelang kejohanan Masters pada 9 April di Augusta, Georgia, Amerika Syarikat.
© New Straits Times Press (M) Bhd




