England: Brighton and Hove Albion menafikan kemenangan buat Liverpool apabila sepakan penalti yang dihadiahkan pengadil perlawanan dalam masa kecederaan membuatkan keputusan berakhir dengan terikat 1-1 di Stadium Amex sebentar tadi.
Gol pada minit ke-60 oleh Diogo Joto sememangnya tidak mencukupi buat The Reds untuk membawa pulang tiga mata penuh apabila Pascal Gross berjaya menyempurnakan penalti pada minit ke-93 bagi menyekat impian anah buah Jurgen Kloop itu.
Dalam perlawanan tersebut, Brighton sepatutnya perlu berada di hadapan pada minit ke-10, namun sepakan Aaron Connolly tidak menepati sasaran meskipun berada dalam situasi satu lawan satu dengan penjaga gol Liverpool, Alisson Becker.
Pada minit ke-20, pengadil menghadiahkan sepakan penalti pertama perlawanan setelah Connolly menerima terjahan daripada pemain muda, Neco Williams. Penyerang Brighton, Maupay gagal memanfaatkan penalti itu apabila sepakannya tersasar sedikit walaupun Alisson sudahpun tertewas di pintu gol.
Sebelum tamat babak pertama, jaringan Mohamed Salah dibatalkan kerana berada sedikit dalam kedudukan offside. Keputusan terbabit sememangnya menimbulkan kontroversi dan ketidakpuashatian Jurgen Klopp dan peminat-peminat Liverpool kepada pihak pengadil.
Dalam separuh masa kedua, Liverpool menjadi lebih berkesan dengan kemasukan Kapten, Jordan Henderson. Hasilnya, Jota berjaya memencah kebuntuan gol pada minit ke-60 setelah menerima hantaran Salah.
Sadio Mane yang kemudian masuk menggantikan Salah berjaya memberi kelebihan 2- 0 kepada Liverpool, namun jaringan itu dibatalkan kerana pemain Senegal itu jelas berada dalam kedudukan offside.
Pada hujung perlawanan, Robertson yang mengasari Welbeck telah menyebabkan kerugian kepada The Reds apabila pengadil menghadiahkan penalti yang berjaya disempurnakan Pascal Gross untuk kedua-dua pasukan pulang dengan satu mata.
Liverpool selepas ini akan menerima kunjungan Ajax dalam kancah Liga Juara-Juara pada awal pagi rabu dengan misi untuk layak ke pusingan ke 16 musim ini.
Akmal Hakim
Sports Desk