
Alexander-Arnold (kanan) mengalami kecederaan ketika menentang Arsenal pada Isnin lalu. Foto AFP
PERTAHANAN kanan Liverpool, Trent Alexander-Arnold telah mengalami kecederaan lutut yang akan menghalangnya untuk beraksi beberapa minggu, kata penolong pengurus Pepijn Lijnders.
Pemain antarabangsa England berusia 25 tahun itu yang telah membuat 18 penampilan Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk Liverpool musim ini, mengalami kecederaan semasa kemenangan pusingan ketiga Piala FA ke atas Arsenal Isnin lalu.
“Dia mengalami kecederaan pada ligamen sisi lututnya dan dia memerlukan masa untuk pulih.
“Mudah-mudahan dia hanya disisihkan untuk tiga minggu,” katanya.



