Liverpool julang Piala Liga kali ke-10

Liverpool julang Piala Liga kali ke-10

LONDON – Liverpool menewaskan Chelsea 1-0 dalam aksi final Piala Liga, sekali gus menjulang piala itu buat kali ke-10 di Stadium Wembley, awal pagi tadi.

Lebih manis, ia gelaran Piala Liga yang kedua di bawah pengendali The Reds, Jurgen Klopp selepas musim 2021-22.

Dalam aksi itu, Chelsea bermula garang apabila mendahului pada minit ke-32 namun jaringan yang diledak Raheem Sterling dibatalkan pengadil, Chris Kavanagh kerana ofsaid.

Liverpool juga kecewa selepas jaringan Virgil van Dijk pada minit ke-60 dibatalkan selepas Kavanagh meneliti video bantuan pengadil (VAR).

Namun, ketumpulan jentera serangan kedua-dua pasukan berterusan sekali gus mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Ketika pemenang terpaksa ditentukan dengan penentuan penalti, Van Dijk muncul wira Liverpool apabila meledak gol pada masa tambahan berbaki dua minit untuk memberi kemenangan kepada The Reds. – Agensi