Manchester: Liverpool mengalahkan Crystal Palace 1-0 untuk kekal di tangga teratas Liga Perdana Inggeris, manakala Arsenal dan Manchester City bangkit dari ketinggalan untuk meraih kemenangan seterusnya memberi tekanan kepada Liverpool.
City menewaskan Fulham 3-2 untuk kekal satu mata di belakang Liverpool dengan Arsenal menewaskan Southampton 3-1.
Arne Slot kini memenangi sembilan daripada 10 perlawanan pertamanya sejak menggantikan Jurgen Klopp sebagai pengurus Liverpool, tetapi merasa kecewa kerana pasukannya membenarkan Eagles melakukan serangan lewat perlawanan.
Diogo Jota meletakkan Reds di hadapan apabila menjaringkan gol dari hantaran Cody Gakpo pada minit kesembilan.
Pemain antarabangsa Portugal itu kemudian terlepas dua peluang besar untuk melebarkan gol Liverpool.
Palace gagal mengambil kesempatan kelalaian Liverpool, tetapi kemenangan itu datang dengan harga besar bagi Slot apabila penjaga gol Alisson Becker terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan hamstring.
“Jika anda menjaringkan gol kedua anda akan melemahkan mental mereka.
“Semua penyokong terus percaya dengan keputusan kerana ia hanya 1-0, walaupun pada pendapat saya kami adalah pasukan yang dominan,” kata Slot.
Sementara itu Slot mengesahkan Alisson dijangka akan berehat untuk tempoh tertentu selepas terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan hamstring yang dialaminya.
Beliau menyatakan bahawa Alisson tidak mungkin diturunkan untuk perlawanan seterusnya.
“Bagi saya, ia istimewa (untuk berada di puncak carta).
“Selepas ini pemain menyertai pasukan kebangsaan mereka tetapi bagi saya, jika saya kalah, itu akan membuat saya tidak gembira selama tiga hingga empat hari.
“Saya sangat berpuas hati dengan bagaimana kami memulakan musim ini. Ia adalah permulaan yang baik, bukan sahaja dari segi keputusan, tetapi saya juga suka dengan persembahan kami hari ini.”
“Mostly for me, it’s special [to be top of the table],” Slot told TNT Sports.
“Players go to their national team, and they think of the national team, but for me, if I lose it is three to four days of being unhappy. I think my wife will be happy as she will have someone home who is happy.
“Really satisfied with how we started the season. It is a good start, not only the results, but I liked our performance today.
© New Straits Times Press (M) Bhd